Friday, April 8, 2011

Dosa sebar fitnah hilangkan pahala terkumpul : Tazkirah Oleh Lokman Ismail

HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.
Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.
Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.
Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu.
Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.
Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.
Justeru, Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.” (Hadis riwayat Muslim)
Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.
Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.
Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.
Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.
Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.
Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.
Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.
Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)
Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.
Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.
Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Tuesday, March 29, 2011

Menjejak salasilah manusia

Menjejak salasilah manusia

________________________________________


ISU berhubung sejarah kewujudan manusia pertama di bumi antara persoalan yang sering diperdebatkan dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia sehingga ke hari ini.
Meskipun kajian berhubung sejarah kewujudan manusia bukan satu perkara baru, jawapan terhadap persoalan itu telah dimulakan oleh para saintis dan pakar arkeologi sejak awal abad ke-18.
Secara umum, hanya manusia (Homo Sapien) dan manusia Neanderthal yang mendiami bumi dan dianggap majoriti. Golongan Neanderthal dipercayai pupus secara misteri tanpa diketahui sebabnya.
Bagaimanapun, baru-baru ini dunia sains dikejutkan dengan penemuan tulang manusia purba yang dikatakan sebagai saudara terbaru kepada susur galur manusia. Penemuan itu mungkin mengakibatkan sejarah kewujudan manusia terpaksa dikaji semula.
Tulang yang ditemui itu dipercayai kanak-kanak ditemui di Gua Denisova di kawasan pergunungan Altai, selatan Siberia dianggarkan berusia 40,000 tahun.
Kajian mengenai penemuan itu disiarkan dalam jurnal mingguan, Nature yang dilaporkan oleh Johannes Krause dan Svante Paabo dari Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology di Leipzig, Jerman.
Dalam kajian itu, mereka menerangkan pemetaan asid deoksiribonukleik (DNA) yang terhasil daripada tulang tersebut menunjukkan 400 perbezaan genetik daripada 54 orang manusia dan enam fosil spesies Neanderthal.
Analisis yang menunjukkan spesies purba itu berkongsi keturunan yang sama dengan Homo Sapien dan Neanderthal kira-kira sejuta tahun lalu. Mereka mencadangkan, terdapat penghijrahan lain sebelum itu di luar Afrika yang gagal dikenal pasti.
Kertas kerja medekodkan rangkuman set DNA yang diambil daripada mitokondria yang bertindak sebagai janakuasa sel. Namun kajian itu berbeza berbanding proses DNA biasa yang mengambil nukleus untuk membezakan manusia.

PENEMUAN pelbagai rangka manusia purba di seluruh dunia memberi peluang pengkaji membongkar misteri susur galur manusia.

Paabo berkata, penyelidik sedang mendekod nuklear DNA daripada spesies berkenaan bagi mencari jawapan sama ada ia diletakkan di bawah kategori Homo Sapien, Neanderthal atau bakal menjadi salasilah baru sejarah kewujudan manusia.
Masih kabur
Tanpa melalui ujian analisis nuklear DNA mereka menjelaskan: "Kami tak menyatakan ia adalah spesies baru walaupun membayangkan ia sesuatu yang tidak mustahil."
Pakar arkeologi, Prof Madya Dr. Asyaari Muhamad berkata, penemuan rangka itu membuktikan kewujudan spesies lain yang mempunyai bentuk dan ciri-ciri fizikal yang hampir sama dengan manusia moden pada hari ini
"Ia merupakan satu penemuan yang besar dalam bidang arkeologi dan mampu mencetuskan fenomena baru kepada para pengkaji meneruskan kajian mereka.
"Walaupun dianggap sebagai spesies baru, namun maklumat mengenainya masih kabur, malah banyak lagi kajian dan ujian perlu dilakukan bagi membuktikan dakwaan itu. Sehingga kini, pengkajinya sendiri masih belum berani mengisytiharkan penemuan rangka itu adalah manusia atau sebaliknya," katanya yang merupakan Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Asyaari menjelaskan, penemuan artifak dan rangka manusia purba bukan satu perkara baru sejak kajian mengenainya dilakukan oleh para pengkaji di seluruh dunia sejak penghujung abad ke-18.
Ujarnya, beberapa rangka manusia purba juga pernah dijumpai sebelum ini yang memberi bukti susur galur dan penemuan manusia terawal.
Di Malaysia, antara tapak arkeologi yang berjaya dibongkar oleh para pengkaji tempatan setakat ini ialah di Bukit Tengkorak, Sabah; Gua Niah, Sarawak; Bukit Bunuh, Lenggong, Perak dan di Gua Bewah, Terengganu.

KAJIAN mengenai artifak dan rangka manusia telah dimulakan sejak penghujung abad ke-18.

Penemuan-penemuan itu katanya, bukan sahaja memberi bukti terhadap kehidupan manusia malah turut memberi peluang kepada penyelidik mengkaji sosiobudaya masyarakat ketika itu.
Beliau berkata, walaupun terdapat pelbagai bukti dan teori penyelidik Barat, namun sebagai umat Islam mereka wajib mempercayai manusia pertama di bumi ini ialah Nabi Adam A.S.
"Apa yang didakwa sebagai manusia berkemungkinan hanya menyerupai secara fizikal sahaja tetapi sebenarnya bukan manusia. Pada masa yang sama kita tidak boleh menafikan kewujudan spesies-spesies lain yang mungkin hidup bersama manusia ketika itu," katanya.
Saintis Barat berpendapat, kemunculan manusia bermula dari timur Afrika. Manusia pertama yang berhijrah dari sana adalah Homo Erectus kira-kira dua juta tahun lalu.
Penemuan fosil pertama Homo Erectus dibuat pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 di beberapa bahagian Indonesia dan China. Fosil-fosil spesies manusia itu turut ditemui di benua Afrika.
Dua contoh penemuan fosil Homo Erectus yang terkenal di Asia adalah Java Man yang ditemui oleh penyelidik Belanda, Eugene Dubois di Trinil, Pulau Jawa pada tahun 1891 dan di antara tahun 1923 hingga tahun 1927 di Zhoukoudian, China yang dipanggil Peking Man.
Penghijrahan beramai-ramai berlaku dalam dua gelombang. Pertama, ia melibatkan golongan Homo Rhodesiensis yang berhijrah sejak 300,000 hingga 500,000 tahun lalu. Golongan itu juga dikatakan sebagai keturunan asal kepada manusia Neanderthal.
Penghijrahan kedua pula berlaku kira-kira 50,000 tahun lalu membabitkan golongan yang menjadi keturunan manusia sekarang yang dikenali sebagai Homo Sapien.
Penemuan pelbagai fosil daripada sumber haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia zaman purba di beberapa buah lokasi di seluruh dunia telah dijadikan asas oleh penyelidik Barat untuk merungkai misteri tersebut.
Mereka telah mengilhamkan Teori Evolusi iaitu perubahan yang berlaku secara perlahan-lahan bahawa kewujudan manusia asalnya bukan seperti manusia pada hari ini.
Perdebatan spesies manusia
Teori itu kemudiannya dikembangkan oleh Charles Darwin menerusi bukunya, The Origin of Species. Beliau menyatakan semua jenis haiwan berasal daripada satu sel purba. Seterusnya beliau menulis buku The Descent of Man dan mendakwa manusia berasal daripada perubahan spesies haiwan yang paling maju, iaitu monyet.
Menurut Darwin, melalui evolusi sebagai manusia purba peradaban manusia didakwa belum sempurna. Hidup secara rakus di alam haiwan dan terikut-ikut cara hidup sebelum itu.
Bagaimanapun Islam mempunyai pandangan yang berbeza. Keturunan manusia bermula daripada Nabi Adam A.S. dan bukannya melalui proses evolusi makhluk-makhluk lain.
Adam dicipta daripada tanah liat seperti firman Allah dalam surah al-Hijr, ayat 26 yang bermaksud: "Kami menjadikan manusia itu daripada tanah liat hitam kering, daripada tanah hitam yang berubah baunya."

GUA Niah di Sarawak pernah diduduki manusia purba kira-kira 40,000 tahun lalu.

Penciptaan Adam adalah sempurna dan menjadi bapa kepada seluruh manusia dari mula hingga hari kiamat. Adam dilantik sebagai khalifah di muka bumi dan nabi pertama yang mampu menguruskan kehidupan serta menimba ilmu pengetahuan.
Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Malaysia Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin berkata, penemuan spesies manusia di Siberia itu membuktikan masih banyak spesies manusia yang belum diketahui.
Beliau mendedahkan, persepsi berhubung kewujudan manusia pernah menjadi perdebatan apabila para pengkaji menemui fosil saiz otak sebesar buah anggur di Liang Bua, Kepulauan Flores, Indonesia.
Kajian yang dilakukan oleh Profesor R. P. Soeyono dari Pusat Penelitian Arkeologi Indonesia pada tahun 2003 itu menemui spesies manusia hobit yang mempunyai ketinggian kurang daripada satu meter dan berusia sekitar 18,000 tahun.
"Pada satu seminar yang mengumpulkan ramai saintis dan pakar arkeologi kira-kira dua tahun lalu mengesahkan ia adalah manusia. Resolusi akhir pada seminar itu menyimpulkan berlakunya kecacatan terhadap spesies berkenaan yang menyumbang kepada perbezaan ciri fizikalnya," katanya.
Beliau berpendapat, dari sudut saintifik sekiranya analisis terhadap penemuan rangka di Siberia itu tepat, para pengkaji memerlukan lebih banyak data untuk mengisi, memperbaiki dan memecahkan kumpulan-kumpulan manusia.
"Jika analisis DNA berkenaan adalah spesies yang betul, saintis perlu melakukan lebih banyak kajian untuk mengetahui kewujudan manusia pada hari ini," ujarnya.

Saturday, January 1, 2011

Penggunaan Beg Plastik! ? Bahaya!!!

Beg plastik? Pasti membayangkan banyak kelebihannya ketika membeli belah dan untuk kegunaan harian. Tahukah anda bahawa beg plastik yang kita buang boleh berada di tapak pelupusan untuk beribu-ribu tahun lamanya? Waktu yang diperlukan adalah 1000 tahun agar plastik dapat dihapuskan oleh tanah melalui proses pereputan dengan sempurna dan ini merupakan jangka waktu yang sangat lama. Tambahan lagi, apabila ia terhapus, beg plastik ini akan mencemari tanah dan air.
Menurut artikel terbitan Republika online yang berjudul “Bahaya Sampah Plastik bagi Lingkungan dan Kesihatan" dianggarkan lebih 500 juta beg plastik digunakan di dunia setiap tahun dan jika sampah-sampah ini dibiarkan, ia dapat melitupi permukaan bumi setidak-tidaknya sehingga 10 kali ganda. Cuba bayangkan begitu tragisnya keadaan beg plastik yang sudah terlampau menggunung di bumi kita ini.

Setiap tahun, sekitar 500 million sehingga 1 trilion beg plastik digunakan di seluruh dunia. Dianggarkan setiap orang menggunakan sekitar 170 buah beg plastik setiap tahun. Jika diimbas kembali 20 tahun dahulu, kertas atau suratkhabar lama merupakan alternatif yang digunakan untuk membungkus barang keperluan harian di kedai-kedai runcit atau pasar. Walau bagaimanapun, kini ia telah digantikan hampir sepenuhnya oleh beg plastik sama ada kita membeli buah-buahan, kuih-muih, roti atau sehelai kemeja.

Kajian di beberapa negara juga menunjukkan bahawa kebiasaannya pengguna malas membawa beg sendiri ketika membeli-belah dan mereka hanya menerima sahaja beg plastik yang diberi oleh penjual, tetapi tidakkah mereka sedar bahawa mereka bakal mengundang satu bahaya yang tiada penghujungnya.

Jadi, apakah yang membimbangkan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang diperbuat dari sumber yang amat berharga iaitu minyak. Apa yang membimbangkan di sini ialah lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, maka semakin berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.

Beg plastik tidak dapat dilupuskan dari muka bumi ini walaupun kita mengurangkan penggunaannya dari sekarang. Tetapi perlu diingat bahawa masih terdapat banyak beg plastik yang sedia terkumpul digunakan sejak kertas dan surat khabar lama tidak digunakan.

Untuk pengetahuan ramai, terdapat satu bahan karsinogen atau benzen akan dihasilkan sewaktu beg plastik dibakar iaitu satu bahan yang boleh menjadi penyebab kanser dan jika ia ditanam sekalipun, bahan toksin di dalamnya masih mampu memasuki sumber air minuman kita seharian manakala haiwan yang termakan beg plastik tersebut juga boleh mati. Menurut Prof Dr Jamal Hisham Hashim, Pensyarah Kesihatan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dalam satu artikel bertajuk “Botol Barah” berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) di mana PE tidak mengandungi 'vinyl cloride monomer' (VCM) yang tidak boleh menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang.

Sebenarnya penjual boleh menggalakkan pengguna menggunakan beg kain ketika membeli-belah dengan menyediakan beg tersebut atau meminta pengguna menggunakan semula beg plastik. Dengan ini, penggunaan beg plastik akan berkurangan sedikit demi sedikit dan bahaya penyakit kronik yang berpunca dari pengguanaan beg plastik seumpama ini akan juga berkurangan.

Bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia, IKEA mula menggalakkan penggunaan beg kitar semula untuk pelanggan membeli-belah di IKEA di mana pelanggan boleh membawa beg kitar semula mereka sendiri atau membeli "Beg Biru Besar" IKEA yang boleh diguna semula bagi mengurangkan penggunaan beg plastik sedia ada. Sehubungan itu, bagi mengurangkan penggunaan beg plastik, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil langkah proaktif dengan menolak penggunaan beg plastik dalam sekitar kampus.

“Oleh kerana kempen itu digerakkan oleh pelajar sendiri, maka ia dijangka lebih berkesan dalam mencapai sasarannya” kata Pengerusi lembaga pengarahnya Tan Sri Ani Arope kepada pemberita selepas merasmikan satu forum mengenai plastik anjuran bersama universiti itu dan Tupperware Brand Malaysia.

Dengan itu, kerajaan Malaysia juga menyambut baik kempen yang telah dijalankan bagi mengurangkan penggunaan beg plastik yang mendatangkan bahaya dengan melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara.

Menurut Y.B. Datuk Peter Chin Fah Kui Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam ucapan beliau ketika Majlis Perjumpaan Y.B. Menteri Bersama Warga KeTTHA dan Pegawai-pegawai Agensi di bawah Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) berkata, beliau memerlukan sokongan dan kerjasama dari semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, industri, NGO’s, dan sebagainya bagi menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara.

“Saya ingin melihat penglibatan semua pihak dengan menyokong apa jua program atau aktiviti yang berkaitan dengan teknologi hijau. “Sebagai permulaan, kita boleh melancarkan kempen penjimatan penggunaan tenaga dan kesedaran mengenai bahaya penggunaan beg plastik. Untuk itu, kita semua harus memulakan kempen pengharaman penggunaan beg plastik misalnya oleh pengusaha kantin yang beroperasi di premis Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air,” katanya.

Oleh yang demikian, seluruh ahli masyarakat disarankan agar mengurangkan penggunaan beg plastik sejajar dengan kempen kerajaan baru-baru ini demi kesejahteraan hidup bersama.

1.1.2011, Hari tanpa penggunaan beg plastik di KL

Thursday, December 23, 2010

VISI BARU SMK KAMIL 2011-2015

AKAN DI UPDATE KEMUDIAN

test

test test

Thursday, April 15, 2010

Visi

Mencapai Tahap Kecemerlangan
Akademik Terbaik Dalam Semua Matapelajaran



Misi

Proses P&P dilakasanakan secara terancang dan berkesan dengan menggunapakai kaedah-kaedah terkini. Manakala melalui proses

pembudayaan ilmu akan dapat meningkatkan pengetahuan warga SMKAP dalam pelbagai bidang



Motto Kurikulum

Saya Yang Terbaik





Objektif

1. Mencapai prestasi cemerlang dalam PMR dan SPM

2. Melaksanakan P&P yang terancang, terkini dan berkesan .

3. Memupuk budaya keilmuan.

4. Membimbing guru dan pelajar ke arah budaya belajar yang cemerlang,








PERANCANGAN STRATEGI KURIKULUM

1. Pemantauan Berfokus

· Perlaksanaan 60:40

· Pemantauan P&P



2. Kursus Dalaman

· Semakan Semula Sukatan

· Peningkatan Profesionalisme

· Perkembangan Staf

· ETEMS



3. Pemeriksaan Buku Latihan

· Buku Nota

· Buku Latihan

· Buku Kerja



4. Jadual Waktu Kelas / Persendirian



5. Program Motivasi

· Teknik Menjawab Soalan

· Program Aku Janji

· Majlis Bacaan Yassin

· Mentor-Menti



6. Pengendalian Peperiksaan

· Ujian Bulanan

· Peperiksaan Semester 1

· Peperiksaan Semester 2

· Peperiksaan Percubaan PMR

· Peperiksaan Percubaan SPM



7. Penggunaan Pusat Sumber

· Bulan Membaca

· Kempen Galakan Membaca

· Bilik Tayang

· Surat Khabar / Majalah



8. Program ICT

· Kelas Komputer

· Kursus Pembinaan Item

· Literasi Komputer



9. Pengurusan Panitia



10. Maklumat Data




KEISTIMEWAAN KURIKULUM SMKAP

1. Bilik E’TEMS

2. Matapelajaran Katering& Peyajian

3. Matapelajaran Seni Reka Tanda

4. Dua orang guru pakar dalam B.Melayu dan Kemahiran Hidup

5. 13 orang pemeriksa PMR & SPM

6. 3 orang panel pembuat soalan SPM

7. Bilik Seni Visual

8. 2 orang guru Pentaksir Kebangsaan



PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

1. Program PADI : Program Peningkatan Akademik Disiplin Untuk Tingkatan 1, 2 dan 3.
2. Kelas Kualiti.
3. Bahasa Inggeris :
a. Minggu Bahasa Inggeris.
b. Persembahan Semasa Perhimpunan.
4. Sains
a. Pameran Sains.
b. Minggu Sains.
5. Sayang Anakku (PMR & SPM).
6. Bengkel Teknik menjawab yang cemerlang.
7. Anugerah Kecemerlangan Akademik.
8. Gerak Gempur Subjek .
9. Motivasi ibu-bapa dan Pelajar.
10. Anugerah Pengetua.
11. Kelas Tambahan Ting 3 dan Ting 5.
12. Modul Skema Jawapan PMR dan SPM.
13. Buku Panduan Peperiksaan.






PAKEJ MATA PELAJARAN TINGKATAN 4 DAN 5

Bil


Pakej


Subjek

1


Sains


Fizik
Biologi
Matematik Tambahan
EST ( English For Science & Technology )

2


Sastera Ikhtisas

Kemanusiaan 1
Ekonomi Asas
Pendidikan Seni
Perdagangan
Seni Reka Tanda
Katering & Penyajian

Kemanusiaan 2
Ekonomi Asas
Pendidikan Seni Visual
Ekonomi Rumah Tangga

3

Subjek Teras ( Wajib diambil oleh semua pelajar)

B. Melayu
B.Inggeris
Matematik
Sejarah
P.Islam/B.Cina
Sains Teras ( Kecuali pelajar Sains Tulin )


Anugerah dan Keistimewaan Kurikulum SMKAP

1. Bilik PPSMI
2. Matapelajaran Katering& Penyajian.
3. Matapelajaran Seni Reka Tanda.
4. Guru Cemerlang Kemahiran Hidup.
5. 13 orang pemeriksa PMR & SPM.
6. 3 orang panel pembuat soalan SPM.
7. 4 orang guru Pentaksir Kebangsaan.
8. Pengerusi-Pengerusi Teknik Forum Remaja, Pidato, Bahas Ala Parlimen.
9. Bilik Pendidikan Khas.
10. Anugerah Shell
11. Anugerah JPN Melaka

Friday, October 30, 2009

itufhfhfgh